UMK bermaksud Univesiti Malaysia Kelantan. ia mempunyai 3 kampus yang terletak di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli. Di Pengkalan Chepa terdapat fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, dan Fakulti Perubatan Vaterinar. Di Bachok pula terdapat Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Manakala di Jeli pula terdapat Fakulti Industri Asas Tani dan Fakulti Sains Bumi.
Saya merupakan pelajar tahun satu di fakulti keusahawanan dan perniagaan di kampus Pengakalan Chepa. Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai kemudahan seperti pasaraya, kedai-kedai runcit dan sebagainya. Hal ini telah memudahkan masyarakat sekitar terutamanya pelajar dan kakitangan UMK. Bagi pendapat saya, kawasan kampus UMK ini adalah strategik.
No comments:
Post a Comment