Pages

Saturday, 29 November 2014

HAPPY BIRTHDAY !!

Hari Ulangtahun

Assalamualaikum , dalam post kali ini saya ingin berkongsi tentang hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 20 . kebiasaannya ulang tahun kelahiran saya disambut bersama keluarga. tetapi untuk tahun ini saya merasakan kelainan kerana harus menyambutnya di asrama UMK kampus pengkalan chepa.
bawah ini dilampirkan wajah sahabat-sahabat baru saya di sini . :)



click here

lagu yang dedikasi buat saya dari rakan yang jauh di mata tapi dekat dihati. terima kasih atas ingatan. :)





gambar bersama bekas teman sebilik (ada ceritanya) hee


antara hadiah yang diberi pada kejutan malam hari ulangtahun

sahabat-sahabat baru mengingati tarikh lahir saya adalah sesuatu yang saya tidak jangkakan. apatah lagi membayangkan mereka memberi hadiah kepada saya sempena hari jadi saya. saya rasa amat terharu atas kejutan yang diberikan oleh mereka.




maya seri umiera (bertudung biru) dan atiyah syahirah , antara teman rapat baru dan roomate saya di sini. <3

tarikh 24 november 2014 akan tetap menjadi kenangan indah dalam hidup saya. terima kasih atas segalanya. syukur pada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menikmati indahnya dunia dan mengenali sahabat-sahabat yang mewarnai hidup saya.

Alhamdulillah . :)
thanks for reading. May Allah bless you life. aamiin.

MEMBELI-BELAH

Membeli-belah dan Wanita

hai semua, untuk membuat tajuk entry kali ini shaja sudah membuatkan saya tertawa kecil sendiri. hal ini kerana, perkara sebegini tidak asing bagi kaum hawa dan mungkin sebahagian dari keperluan tuntutan naluri mereka. saya bersetuju dengan pendapat seperti itu kerana saya salah seorang wanita yang mengalaminya sendiri. hee.

baru-baru ini saya dan rakan pergi ke KB mall untuk jalan-jalan bagi mencuci mata setelah beberapa lam berkurung di kampus UMK. pada mulanya kami bercadang hanya mahu makan dan 'widow shopping' sahaja, akan tetapi naluri biasa wanita untuk mebeli barangan kegemaran tidak dapat dikalahkan. oleh itu, dengan tidak sengaja, kami telah membeli beberapa barangan peribadi, aksesori, pakaian dan kasut.


antara barangan yang dibeli


salah satu barang yang dibeli iaitu kasut kegemaran saya

di atas adalah lampiran gambar-2 barangan yang saya "terbeli" semasa berjalan-jalan di KB mall tempohari. walaupun penat dan mengalami penyusutan wang dalam beg duit (hehehe), kami tetap berasa gembira kerana dapat membeli barangan keperluan kami.


ARTIS

FENOMENA TERSEREMPAK DENGAN ARTIS

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua, apa khabar ? harap sihat walafiat. entry kali ini saya ingin berkongsi tentang pendapat dan pengalamn terserempak dengan artis. fenomena ini sudah lama berlaku dan pastinya berlaku kepada sesetengah individu masyarakat. pelbagai perasaan pastinya dilami tatkala terserempak dengan artis terutamanya apabila terserempak dengan artis popular atau artis pujaan.

hal yang sya ingin kongsikan adalah beberapa hari yang lepas, semasa saya dan rakan pergi ke KB mall , saya dan rakan terserempak dengan seorang artis lelaki ini bersama rakannya. Artis tersebut adalah Fizo Omar.


Artis Fizo Omar

saya bukanlah seorang yang fanatik terhadap artis. akan tetapi apa yang saya dapati, Fizo Omar dapat berjalan bersama rakannya dengan selesa tanpa dapat diganggu oleh peminat-peminat yang berada di situ. hal ini menunjukkan masyarakat di Kelantan ini umumnya bijak untuk memberikan waktu privasi kepada artis dan tokoh-tokoh lainnya.


click here

Di atas salah satu video yang menunjukkan fenomena bertemu artis pada hari biasa. hehe. Fenomena ini adalah sesuatu yang normal dan menjadi kenangan indah bagi peminat jika keadaan waktu itu didalam kawalan dan pastinya akan jadi sebaliknya jika keadaan tidak dapat dikawal. hal ini boleh terjadi kerana individu terlalu fanatik dengan sesetengah artis.

PESKO 2014

PESKO 2014 @UMKPC

Entry kali ini saya mahu berkongsi tentang pesta konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan 2014. Ini adalah pengalaman pertama saya menghadiri pesta konvokesyen sebagai sisiwi di universiti yang saya belajar kerana sebelum ini saya hanya pergi ke pesta konvokesyen UiTM sebagai pelawat. apa yang boleh saya katakan adalah acara-acara yang dijalankan adalah menarik dan memberikan banyak manfaat dan pengalaman kepada warga UMK dan semua tetamu yang hadir.


Banner PESKO 2014


MAHARAJA LAWAK MEGA SISWA :)

PERTUNJUKAN MOTOR BERKUASA TINGGI


 PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT MEGA

Di atas adalah lampiran gambar antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya PESKO 2014 ini. Antara artis yang terlibat sama ialah Sofi Jikan, Syura, Rosyam Nor dan PU Rahmat. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi PESKO 2014 ini . SILAKAN MARI BLAKO ! :)



Tuesday, 18 November 2014

Banjir di UMK



Gambar di atas menunjukkan keadaan kampus UMK ketika banjir . Gambar tersebut menggambarkan keadaan yang dialami oleh saya dan rakan-rakan ketika kami pulang dari kelas pada hari ini. Keadaan sebegini amat mengujakan kami kerana kami jarang sekali mengalami situasi seperti ini.

Banjir mungkin berlaku disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak teratur dan hujan lebat yang berpanjangan. Oleh sebab itu, saya dan rakan-rakan terpaksa meredah banjir yang berlarutan hingga ke kawasan kediaman kami.

Sebelum ini, sebahagian senior telah memberitahu kami tentang keadaan yang akan kami lalui sepanjang musim hujan nanti. Dan sekarang ini kami telah mengalaminya sendiri sebagai mahasiswa tahun pertama di Universiti Malaysia Kelantan kampus Kota ini.

Tuesday, 30 September 2014

BIODATA


Nama : Nur amirah binti Norisham
No. Matrik : a14a0672
No. Telefon : 017-7606396
Alamat : johor Bahru , johor