Assalamulaikum dan salam sejahtera semua, apa khabar ? harap sihat walafiat. entry kali ini saya ingin berkongsi tentang pendapat dan pengalamn terserempak dengan artis. fenomena ini sudah lama berlaku dan pastinya berlaku kepada sesetengah individu masyarakat. pelbagai perasaan pastinya dilami tatkala terserempak dengan artis terutamanya apabila terserempak dengan artis popular atau artis pujaan.
hal yang sya ingin kongsikan adalah beberapa hari yang lepas, semasa saya dan rakan pergi ke KB mall , saya dan rakan terserempak dengan seorang artis lelaki ini bersama rakannya. Artis tersebut adalah Fizo Omar.
Artis Fizo Omar
saya bukanlah seorang yang fanatik terhadap artis. akan tetapi apa yang saya dapati, Fizo Omar dapat berjalan bersama rakannya dengan selesa tanpa dapat diganggu oleh peminat-peminat yang berada di situ. hal ini menunjukkan masyarakat di Kelantan ini umumnya bijak untuk memberikan waktu privasi kepada artis dan tokoh-tokoh lainnya.
click here

No comments:
Post a Comment