Pages

Tuesday, 18 November 2014

Banjir di UMK



Gambar di atas menunjukkan keadaan kampus UMK ketika banjir . Gambar tersebut menggambarkan keadaan yang dialami oleh saya dan rakan-rakan ketika kami pulang dari kelas pada hari ini. Keadaan sebegini amat mengujakan kami kerana kami jarang sekali mengalami situasi seperti ini.

Banjir mungkin berlaku disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak teratur dan hujan lebat yang berpanjangan. Oleh sebab itu, saya dan rakan-rakan terpaksa meredah banjir yang berlarutan hingga ke kawasan kediaman kami.

Sebelum ini, sebahagian senior telah memberitahu kami tentang keadaan yang akan kami lalui sepanjang musim hujan nanti. Dan sekarang ini kami telah mengalaminya sendiri sebagai mahasiswa tahun pertama di Universiti Malaysia Kelantan kampus Kota ini.

No comments:

Post a Comment